Covid-19: Saintis kaji keberkesanan gabungkan vaksin berbeza

0
52

LONDON – Para saintis di dua lokasi berbeza sedang menjalankan kajian mengenai keberkesanan mencampurkan vaksin Covid-19 yang berbeza dalam usaha melawan pandemik itu.

Di United Kingdom (UK), kajian yang dinamakan sebagai Com-Cov menggabungkan pemberian vaksin keluaran Pfizer dengan Oxford/AstraZeneca yang diberi dalam dua dos.

Terbaharu, para saintis dari Universiti Oxford itu turut menambah penggunaan vaksin keluaran Moderna dan Novavax dalam program yang dimulakan pada Februari lalu itu, lapor The Guardian.

Sementara itu, satu lagi kajian yang sama, tetapi menggunakan vaksin keluaran Sinovac dan Pfizer sedang dilakukan oleh Jabatan Perubatan Universiti Hong Kong.

Kajian ini melibatkan kira-kira 150 penerima berumur 18 tahun ke atas yang akan diberi 4 jenis suntikan berbeza.

Satu kumpulan akan menerima vaksin Pfizer sebagai dos pertama, diikuti dengan Sinovac sebagai dos kedua.

Kumpulan lain akan menerima suntikan vaksin Pfizer (dua dos), vaksin Sinovac (dua dos) dan satu lagi kumpulan akan hanya menerima plasebo.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here