Covid-19: Varian Afrika Selatan kalis vaksin Pfizer

0
140

TEL AVIV – Kajian saintis Israel mendapati Covid-19 dengan varian Afrika Selatan mampu mengatasi keberkesanan vaksin keluaran Pfizer-BioNTech.

Menurut Reuters, kajian tersebut telah diterbitkan dalam satu jurnal perubatan, tetapi masih belum melalui proses peer review.

Kajian itu menyebut, varian Afrika Selatan yang dinamakan sebagai B.1.351 itu, mampu menembusi perisai perlindungan yang diwujudkan oleh vaksin itu.

Kajian yang itu dilakukan oleh saintis dari Universiti Tel Aviv dan pertubuhan kesihatan terbesar Israel, Clalit itu memeriksa hampir 400 pesakit yang disahkan positif Covid-19 selepas menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Keputusan kemudiannya dibandingkan dengan jumlah pesakit yang sama, yang disahkan positif namun belum menerima vaksin.

Keputusan kajian mendapati, jumlah pesakit yang dijangkiti B.1.351 adalah 8 kali lebih tinggi pada individu yang telah menerima dua dos vaksin itu.

“Berdasarkan corak (jangkitan) pada populasi umum, sepatutnya hanya ada satu kes (jangkitan) sahaja. Tetapi kajian ini menunjukkan kadar yang lebih tinggi, iaitu 8 kali lebih tinggi.

“Dapatan ini secara langsung mencadangkan bahawa varian Afrika Selatan lebih berkesan menembusi perlindungan yang diwujudkan oleh vaksin buatan Pfizer,” kata ketua kumpulan saintis itu, Profesor Ari Stern.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here