Covid-19: WHO beri amaran lonjakan kes menjelang Ramadan, Easter

0
81
Gambar hiasan

COPENHAGEN – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran supaya mengelak daripada menghadiri majlis keramaian dan berada di kawasan padat
di dalam sesebuah premis menjelang sambutan Ramadan dan Easter tidak lama lagi.

Menurut WHO, ini kerana ia berisiko untuk mencetuskan lonjakan baharu kes Covid-19.

“Langkah mengadakan perjumpaan secara maya, sekali gus menunda ataupun mengurangkan perhimpunan sedemikian, harus diberi pertimbangan serius di negara yang mengalami jangkitan meluas dalam komuniti.

“Tidak mengira lokasi, sebarang upacara keagamaan harus diadakan di kawasan terbuka dengan seboleh mungkin atau mengehadkan saiz dan tempohnya.

“Laksanakan langkah terbabit bersama amalan penjarakan fizikal, pengudaraan, kebersihan tangan dan memakai pelitup muka,” kata WHO dalam satu kenyataan yang dipetik menerusi AFP, semalam.

Dalam pada itu, WHO turut menasihatkan supaya sambutan itu disambut bersama ahli serumah dan mengelakkan perjumpaan dengan orang luar terutamanya jika seseorang itu berasa tidak sihat atau sedang menjalani kuarantin.

“Perhimpunan di dalam premis, walaupun kumpulan kecil, boleh mendatangkan risiko,” katanya.

Pakar bimbang akan kemungkinan sesetengah orang alpa mengenai ancaman jangkitan Covid-19 ketika meraikan sambutan keagamaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here