Data peribadi lebih 500 juta pengguna Facebook ditemukan lagi

0
114

CALIFORNIA – Maklumat peribadi 533 juta pengguna Facebook dilaporkan dimuat naik di sebuah laman sesawang dan sedia untuk digunakan oleh para penggodam.

Menurut AFP, perkara tersebut mula dilaporkan oleh portal Business Insider yang berjaya menemukan maklumat itu.

Laporan tersebut menyebut, data pengguna daripada 106 buah negara itu meliputi maklumat seperti nombor telefon, nama pengenalan Facebook, nama penuh, lokasi, tarikh lahir dan alamat emel.

Difahamkan, data yang dimuat naik itu sudah berusia beberapa tahun.

Kewujudan data tersebut menunjukkan gudang data peribadi yang dikumpul oleh Facebook dan laman media sosial lain daripada penggunanya.

Dalam satu kenyataan berasingan, Facebook memaklumkan data yang dimuat naik itu merupakan maklumat lama dan berpunca daripada kebocoran maklumat yang dihadapi oleh syarikat itu pada 2019 dan telah diselesaikan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here