DBKL anjur konsert Marhaban Ya Ramadhan Sabtu ini

0
53

CYBERJAYA – Konsert Marhaban Ya Ramadhan anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang bakal berlangsung di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Sabtu ini akan menampil lima artis nasyid dan lagu-lagu ketuhanan.

Antaranya adalah Zul Handy Black, Daq Mie, Azmi Saat, Afad (Raihan) dan Sharifah Khasif Fadzillah.

Persembahan percuma ini akan diiringi pasukan Orkestra DBKL yang dianggotai oleh 45 orang pemuzik.

DBKL dalam kenyataan berkata, penganjuran konsert itu adalah sebagai pengisian menyambut ketibaan bulan Ramadan pada 13 April ini.

“Saksikan alunan Qasidah antarabangsa daripada Ustazah Sharifah Khasif Fadzillah yang akan membawakan lagu-lagu Islamik seperti Assalamualaikum Ya Rasulallah, Ya Imaman Rusli dan Salatullah Salamullah yang akan diiringi oleh Orkestra DBKL!

“Isi hujung minggu anda bersama keluarga dengan program yang bertemakan keraian bulan Ramadhan ini.

“Sharifah Khasif merupakan bekas juara Tilawah Antarabangsa, pendakwah dan juga penyanyi,’’ katanya.

Orang ramai yang berminat untuk menyaksikan persembahan ini boleh melayari pautan marhaban.wasap.my untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kemasukan kerana tempat ditawarkan terhad.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here