DBKL larang agih makanan kepada gelandangan sepanjang Ramadan

0
117
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melarang mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau individu mengagihkan sumbangan makanan kepada gelandangan secara terus di sekitar pusat bandar raya sepanjang Ramadan.

Menurut DBKL dalam satu kenyataan berkata, kawal selia itu dilaksanakan bagi mengelak berlaku pembaziran dan kekotoran, selain mengekang penularan wabak Covid-19.

Bagaimanapun, DBKL memaklumkan pengagihan makanan masih boleh diteruskan melalui dua pusat gelandangan iaitu di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur di Jalan Pahang dan Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tunku, selain satu pusat komuniti iaitu Pusat Pembelajaran Komuniti, Chow Kit.

“DBKL mendapati terdapat banyak pihak sama ada NGO, kumpulan atau individu yang mengagihkan makanan di lokasi ‘hotspot’ gelandangan di pusat bandar antaranya sekitar Masjid Jamek, Pasar Seni dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

“Keadaan ini menimbulkan gangguan, ketidakselesaan kepada pemilik premis dan menunjukkan persepsi negatif masyarakat terhadap DBKL.

“Aktiviti pemberian makanan kelihatan tidak dapat dikawal terutama ketika Ramadan,” menurut kenyatan itu.

Menurut DBKL orang ramai yang ingin menyumbang perlu menghubungi talian 03-2617 6321 terlebih dahulu bagi tujuan penjadualan agihan, dan mereka yang gagal mematuhi arahan yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here