Denmark hentikan penggunaan vaksin keluaran AstraZeneca

0
282

COPENHAGEN – Denmark menjadi negara pertama di dunia menghentikan penggunaan vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca berikutan isu pembekuan darah dalam kalangan penerimanya.

Keputusan itu sekaligus melewatkan penamatan program vaksinasi rakyat Denmark yang pada asalnya dijadualkan tamat pada 25 Julai ke bulan Ogos, lapor Reuters.

Menurut pengarah agensi kesihatan Denmark, Soren Brostrom, siasatan mendapati vaksin keluaran AstraZeneca “mempunyai kesan sampingan yang serius dan bukan rekaan”.

“Oleh itu kami membuat keputusan untuk tidak menggunakan vaksin ini lagi pada program vaksinasi,” kata Brostrom, hari ini.

Sementara itu, firma AstraZeneca dalam satu kenyataan berkata, mereka menghormati keputusan Denmark dan akan terus menyalurkan maklumat mengenai perkembangan vaksin keluaran mereka itu.

“Implementasi dan pemberian vaksin merupakan program di bawah negara masing-masing,” kata firma tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here