Dibelasah kerana berpuasa: Mana suara Suhakam, NGO bukan NGO agama lain?

0
651
Firdaus Wong Wai Hung

CYBERJAYA – Nasib yang menimpa dua pekerja Melayu-Islam yang dibelasah dan diacu pistol oleh majikan kerana berpuasa tidak langsung dipedulikan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kemanusian dan NGO agama lain.

Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM), Firdaus Wong Wai Hung berkata, sikap berdiam diri oleh badan seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) , Majlis Perundingan Malaysia, Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) atau para pejuang hak asasi manusia menunjukkan mereka tidak peduli.

“Mereka laju bersuara jika ada isu disebabkan oleh Muslim & Islam tetapi berdiam diri atau lambat memberikan respon apabila yang menjadi mangsa itu adalah Muslim dan Islam.

“Apakah hak asasi manusia itu tidak terpakai untuk Muslim?,” katanya dalam kenyataan di laman Facebooknya.

Perkara itu katanya jelas menunjukkan sikap double standard terhadap pembelaan badan-badan berkenaan dan tidak berdiri atas dasar kemanusian sebenar.

Bahkan Wai Hung berkata, beliau percaya penindasan majikan terhadap umat Islam di negara ini banyak berlaku tetapi tidak didedahkan kerana khuatir dibuang kerja atau bimbang keselamatan ahli keluarga tergugat.

“Setelah 63 tahun kemerdekaan dan hidup bersama, kenapa masih ada lagi individu yang bersikap Islamophobia sedangkan selama ini mereka hidup aman dan menjadi kaya di Malaysia sambil dikelilingi majoriti Muslim?

“Di manakah silapnya? Silap sistem pendidikan atau kelemahan penguatkuasaan atau budaya rasuah atau kelemahan ahli politik Muslim yang sibuk berebut kuasa?,” katanya.

Beliau yang menganggap kejadian itu berpunca daripada sikap Islamophobia dan bukannya isu perkauman menyeru agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas individu dan kumpulan seperti itu agar keharmonian negara terjaga dan tidak dimanipulasi untuk kepentingan mereka.

Susulan kejadian di sebuah kondominium di di Jalan Pinang Kuala Lumpur itu, polis pada Khamis lalu menahan reman tiga lelaki selama lima hari manakala seorang lagi selama tujuh hari di Mahkamah Majistret Klang, Selangor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here