Dr. Amalina diijab kabul di London

0
321
Gambar perkahwinan yang dimuat naik Dr. Amalina di akaun Instagramnya hari ini.

KUALA LUMPUR – Pakar bedah kelahiran Malaysia di London, Dr. Amalina Che Bakri menamatkan zaman bujang selepas mengumumkan perkahwinannya dengan pasangan seorang lelaki Inggeris, Alexander Charles.

Majlis pernikahan pasangan di Masjid Central London pada Rabu lalu diumumkan oleh Dr. Amalina, 34, menerusi hantaran di akaun Instagramnya, hari ini.

Anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu melafazkan rasa syukur selepas majlis pernikahan yang pada mulanya dirancang dilangsungkan di Malaysia itu selesai. 

Katanya, majlis pernikahan itu terpaksa ditangguhkan sebanyak tiga kali berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan di United Kingdom.

“Alhamdulillah, majlis pernikahan kami berjalan lancar di Masjid Central London pada 31 Mac lalu. 

“Meskipun tiga kali tertangguh berikutan perintah kawalan pergerakan, kami lega apabila berjaya mengadakan majlis ringkas dengan dihadiri teman rapat dan anggota keluarga,’’ katanya.

Katanya, majlis resepsi di London yang dijadualkan berlangsung pada Jun ini akan ditunda ke satu tarikh lain bagi membolehkan para tetamu dapat hadir.

“Kami tidak sabar meraikan hari yang cukup istimewa bersama keluarga tersayang dan rakan-rakan,” tulisnya.

Dr. Amalina bersama pasangan, Alexander Charles dinikahkan di Masjid Central London pada Rabu lalu.

Dr Amalina memuat naik sekeping fotonya bersama suami di sebuah taman. Dr Amalina menggayakan kurung moden, manakala Charles yang merupakan seorang pengarah di sebuah syarikat perisian mengenakan sut lengkap.

Dr Amalina dan suami berkenalan dalam satu majlis, tiga tahun lalu. Pasangan itu memutuskan mengikat tali pertunangan pada Ogos, tahun lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here