Dr. Noor Hisham terima anugerah doktor falsafah UKM

0
86
Dr. Noor Hisham Abdullah

BANGI – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Kepimpinan dalam Kesihatan Awam) oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada majlis konvokesyen ke-48 universiti itu hari ini.

Dr. Noor Hisham yang merupakan alumni Fakulti Perubatan UKM 1988 mengetuai barisan penerima anugerah yang disampaikan oleh Canselor UKM, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Almarhum Tuanku Munawir.

Selain Dr. Noor Hisham, turut dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Kelestarian), Profesor Emeritus Dr. Soontak Lee.

Memetik laporan Sinar Harian hari ini, seramai sembilan orang dianugerahkan gelaran Profesor Emeritus dalam majlis yang berlangsung di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar) UKM itu.

Antara yang menerima gelaran berkenaan adalah Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA), Datuk Dr Teo Kok Seong.

Tuanku Muhriz dalam ucapan perasmian bertitah, seluruh warga UKM seharusnya berbangga dengan dua tokoh alumni universiti berkenaan iaitu Dr. Noor Hisham dan Penasihat Khas kepada Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood.

Baginda bertitah, ini kerana kedua-dua tokoh berkenaan adalah individu penting dalam menangani penularan wabak Covid-19.

Seramai 6,166 graduan UKM akan menerima ijazah masing-masing pada majlis konvokesyen yang akan diadakan secara fizikal bermula 3 hingga 12 April ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here