Enam negeri tinggi kes Covid-19 dilanjutkan status PKPB dua minggu lagi

0
251
Suasana di sekitar Kuala Lumpur yang lengang ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

CYBERJAYA – Enam negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak dikekalkan status Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berikutan masih banyak kes harian Covid-19 dilaporkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi negeri-negeri yang lain pula masih dikekalkan status Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“10 negeri yang dikekalkan status PKPP ialah Perlis yang mana seluruh negeri kini berada dalam zon hijau, Kedah pula insiden kekal rendah, zon merah dan jingga berkurang namun kes kuning bertambah. Bagi daerah Kuala Muda yang masih zon merah pula masih dikekalkan PKPB.

“Negeri lain ialah Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Sabah, Putrajaya dan Labuan,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Beliau berkata, pengekalan status PKPB dan PKPP bagi negeri-negeri tersebut akan berkuat kuasa bermula 15 April sehingga 28 April ini.

Bagaimanapun, katanya, tempoh PKPB di Sarawak akan bermula esok sehingga 26 April ini.

PUTRAJAYA, 10 April — Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semasa sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bangunan Perdana Putra hari ini. –fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sementara itu, beliau turut menegaskan bahawa aktiviti rentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali bagi aktiviti pelancongan dari negeri PKPP ke negeri PKPP melalui konsep green travel bubble menggunakan syarikat dan agen pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

“Bagi pergerakan rentas daerah adalah dibenarkan kecuali di Sabah dan Sarawak atas keputusan kerajaan negeri,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here