EU tidak perbaharui kontrak bekalan vaksin berasaskan vektor viral

0
61
GAMBAR HIASAN

MILAN – Suruhanjaya Negara Eropah (EU) membuat keputusan untuk tidak memperbaharui kontrak vaksin Covid-19 dengan AstraZeneca dan Johnson & Johnson (J&J) apabila ia tamat.

Menurut Reuters, keputusan yang agak mengejutkan itu terkandung dalam satu laporan berita oleh akhbar tempatan Itali, La Stampa yang memetik sumber Kementerian Kesihatan Itali.

Antara lain, laporan itu menyebut, “Suruhanjaya EU, dengan persetujuan dengan ketua negara EU lain, membuat keputusan bahawa kontrak pembekalan vaksin (berasaskan vektor viral) tidak akan diperbaharui apabila tamat nanti,” kata La Stampa.

Tambah laporan itu lagi, Brussels hanya akan menumpukan fokus pada vaksin yang menggunakan teknologi mRNA sahaja.

Antara firma farmaseutikal yang mengeluarkan vaksin berasaskan teknologi ini adalah Pfizer dan Moderna.

Dalam masa yang sama, Suruhanjaya EU turut meminta J&J menjelaskan mengenai pengumuman mereka bahawa terdapat ‘kelewatan’ dalam penghantaran vaksin keluaran firma itu ke negara-negara Eropah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here