Fasa 2 PICK gunakan vaksin Pfizer, Sinovac

0
61

CYBERJAYA – Hanya vaksin keluaran Pfizer dan Sinovac akan digunakan pada Fasa 2 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, sebelum ini Sinovac tidak diberi kepada kumpulan usia 60 ke atas.

Namun, kerajaan membuat keputusan sedemikian setelah mendapat syor daripada kumpulan pakar.

“Seramai 31,776 janji temu telah dihantar melalui SMS kepada penerima vaksin Fasa 2 yang akan bermula pada 19 April ini.

“Janji temu ini dihantar secara berperingkat,” kata Khairy yang turut memetik ciapan Kementerian Kesihatan (KKM) di akaun Twitter miliknya, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here