Gangguan bekalan air di Gombak, Kuala Lumpur pulih sepenuhnya esok

0
24

CYBERJAYA – Sebanyak 38 daripada 58 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air berjadual di Kuala Lumpur dan Gombak sejak Selasa lalu kini pulih sepenuhnya.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi satu kenyataan hari ini berkata, pemulihan di 66 peratus kawasan terjejas itu selesai selepas kerja-kerja menukar injap pada jajaran paip air di Empangan Klang Gates telah pulih pada 6 pagi ini.

Air Selangor sebelum ini memaklumkan gangguan bekalan air ekoran kerja-kerja penggantian injap pada jajaran paip air mentah dari Empangan Klang Gates telah menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Wangsa Maju dan Bukit Nanas secara berjadual.

“Pengguna yang terjejas di Wilayah Gombak telah pulih sepenuhnya, manakala sejumlah 20 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur masih belum pulih.

“Kerja-kerja penggantian injap pada paip berkenaan bermula dari pukul 9 pagi Selasa dan bekalan air dijadualkan pulih sepenuhnya pada pukul 5 pagi Jumaat,’’menurut kenyataan itu.

.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here