Geng Nicky: SPRM sahkan dua pegawainya ditahan

0
381
Datuk Seri Azam Baki

CYBERJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan dua pegawainya ditahan selepas dipercayai terlibat dengan kegiatan haram Geng Nicky.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya juga telah memberi kerjasama kepada pihak polis dengan menyerahkan kedua-dua pegawai berkenaan bagi membantu siasatan.

“Saya memandang serius dan tidak akan berkompromi dalam hal ini malah akan menyerahkan lagi mana-mana pegawai suruhanjaya sekiranya ada yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Polis Johor hari ini telah menahan 12 pegawai kanan polis dan SPRM yang dipercayai menjadi tali barut kumpulan jenayah terancang ‘Geng Nicky’ dalam beberapa siri serbuan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kesemua suspek ditahan dalam fasa dua Ops Pelican 3.0 yang dilancarkan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan bermula 21 April hingga pagi Selasa.

Menurutnya, kesemua suspek berusia antara 36 hingga 49 tahun itu ditahan dalam operasi yang dilakukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here