Guru berjenaka rogol tindakan keterlaluan

0
454
Tangkap layar seorang pelajar perempuan yang menceritakan tindakan guru sekolahnya yang berjenaka secara lucah.

CYBERJAYA – Pendedahan seorang pelajar wanita mengenai tindakan guru Pelajaran Pendidikan Jasmani yang berjenaka secara lucah dan keterlaluan mengenai perbuatan rogol harus disiasat dan dikenakan tindakan sewajarnya.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mohd Alif Anas Md Noor berkata, pihaknya sudah meneliti video berkenaan dan berpendapat dakwaan itu adalah serius dan perlu disiasat dengan segera.

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu segera menyiasat dakwaan pelajar di sebuah sekolah di Kuala Selangor itu kena telah secara tidak sopan menggalakkan perbuatan rogol.

“Ini bagi mengelakkan sebarang fitnah dan salah faham daripada terus berleluasa.

“Sekiranya terbukti dakwaan itu benar, GPMS meminta pihak KPM mencari jalan terbaik agar perkara sebegini tidak lagi berlaku di masa hadapan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Jumaat lalu, tular video seorang remaja perempuan, Ain Husniza Saiful Nizam, 17, yang mendedahkan guru mata Pelajaran Pendidikan Jasmani sekolahnya berjenaka mengenai undang-undang dan hukuman terhadap perbuatan rogol.

Ain mendakwa, salah satu daripada kenyataan yang dibuat guru berkenaan adalah dengan ‘memberi nasihat’ kepada pelajar supaya memilih mangsa yang berusia 18 tahun ke atas jika mahu merogol.

“Kemudian kami bercakap tentang bagaimana undang-undang melindungi mereka yang bawah umur daripada penderaan dan gangguan seksual dan selepas itu dia kata ‘nanti korang nak rogol, jangan rogol yang bawah 18, korang rogol yang atas 18,” katanya lagi.

Lebih mengejutkan, jenaka yang dilontarkan guru berkenaan menjadi bertambah kotor apabila membincangkan jenayah rogol ke atas lelaki.

Kongsi Ain; “Kalau boys kena rape, it doesn’t get reported because the boys apparently sedap. (Kalau lelaki yang kena rogol ia tidak akan dilaporkan kerana mereka rasa sedap).

Tambah Ain, dia faham mungkin guru berkenaan pada mulanya sekadar berjenaka namun ia kemudian bertukar menjadi keterlaluan, pelik dan sebagai guru perbuatan itu memang tidak boleh diterima.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here