Hamzah akui klip audio tular adalah suaranya

0
266
Datuk Seri Hamzah Zainudin

PUTRAJAYA – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengakui klip audio yang tular baru-baru ini adalah suaranya.

Hamzah berkata, rakaman panggilan telefon itu dibuat pada tahun lalu dengan pihak istana.

“Saya rasa itu adalah suara yang benar oleh saya.

“Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan, cuma yang ambil rakaman itu melakukan kesalahan, saya tidak ada masalah,” katanya dalam sidang akhbar khas yang disiarkan menerusi Live Facebook Kementerian Dalam Negeri hari ini.

Terdahulu beliau menyerahkan majlis watikah pelantikan Ketua Polis Negara yang baharu di Kementerian Dalam Negeri.

Sebelum itu, tular satu rakaman audio yang disunting bersama video berdurasi satu minit 22 saat tular yang dikatakan mirip suara Hamzah.

Suara udio itu turut mengaitkan mengenai kenaikan pangkat dan pertukaran jawatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Selain itu, rakaman audio itu turut ada menyebut mengenai lantikan seseorang yang berasal dari Ipoh, Perak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here