Hanya RM200 diterima pelakon video kedua iklan lagu raya promosi judi

0
204
Iklan promosi judi kedua yang tular di media sosial semalam

KUALA LUMPUR – Hanya RM200. Itulah bayaran yang diterima oleh pelakon utama dalam video kedua iklan lagu raya mempromosi aktiviti perjudian yang tular dalam media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, ia selepas penahanan empat individu termasuk seorang wanita di Ampang semalam.

“Mereka berusia 24 hingga 32 tahun itu dipercayai berlakon dalam video kedua yang tular di media sosial semalam.

“Siasatan awal mendapati pelakon berkenaan dibayar RM200 untuk berlakon dalam video klip terbabit,” katanya memetik laporan Harian Metro hari ini.

Menurutnya, penahanan semua individu berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana terbabit dalam sebaran video mempromosikan perjudian dalam talian.

Terdahulu, Malakat Tribune memelaporkan satu lagi video iklan lagu raya yang mempromosikan kegiatan judi tular di media sosial.

Video itu tular selepas video pertama yang juga menggunakan modus operandi yang sama bagi menarik pelanggan dalam kalangan umat Islam.

Rakaman video lagu raya berkenaan memaparkan aksi lakonan serta nyanyian oleh seorang lelaki dan seorang wanita yang mempromosikan satu permainan judi.

Susulan itu, polis kini sedang mengesan lelaki dipercayai menjadi dalang utama pembikinan dua video iklan lagu raya yang mempromosi kegiatan perjudian.

Lelaki berusia 35 tahun dikenali sebagai Loh Kee Hoe beralamat terakhir di Kuala Lumpur.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here