Hujan lebat luar biasa, banjir kilat landa Mekah

0
215
Seorang jemaah berdoa di hadapan Kaabah kerika hujan lebat melanda bandar itu

MEKAH – Hujan lebat yang melanda Mekah sejak petang semalam menyebabkan beberapa kawasan terutama di bandar itu dilanda banjir kilat.

Menurut perkongsian di laman Twitter Haramain Sharifain, hujan lebat yang berlaku sejak waktu Asar semalam menyebabkan air naik dan menenggelamkan beberapa kenderaan

Berikutan itu, menurut perkongsian itu, pihak Pertahanan Awam Arab Saudi telah mengeluarkan amaran berjaga-jaga kepada semua pihak.

Terdahulu tular di media sosial hujan lebat yang melanda Mekah termasuk di Baitullah sejak semalam.

Petir yang menyambar jam besar di Mekah

Sebelum ini, pihak berkuasa negara itu telah mengeluarkan amaran cuaca buruk membabitkan beberapa wilayah di seluruh Arab Saudi bermula Jumaat sehingga semalam.

Laman Twitter Haramain Sharifain

Amaran awal berkenaan membabitkan ramalan ribut petir dengan hujan sederhana serta angin kencang di wilayah Asir, Al-Baha, Jazan, Najran, Mekah dan Madinah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here