India masuk senarai merah perjalanan Britain

0
36
MATT HANCOCK

LONDON – India menjadi negara terbaharu dimasukkan ke dalam senarai merah perjalanan yang dikeluarkan oleh Britain.

Menurut Reuters, keputusan itu dibuat berikutan penemuan 103 kes Covid-19 dengan varian yang berasal dari India.

Penyenaraian itu akan berkuat kuasa mulai Jumaat ini.

Kata Menteri Kesihatan, Matt Hancock, keputusan yang sukar ini terpaksa dibuat bagi mengekang penularan varian tersebut daripada menjadi lebih teruk.

“Kita telah membuat satu keputusan penting yang amat sukar, iaitu memasukkan India ke dalam senarai merah perjalanan.

“Ini bermaksud, individu yang bukan warganegara United Kingdom, Ireland, ataupun British tidak boleh memasuki UK sekiranya mereka pernah berada di India dalam masa 10 hari sebelumnya,” kata Hancock kepada parlimen.

“Bagi warganegara pula, mereka perlu menjalani perintah kuarantin di hotel selama 10 hari mulai hari mereka tiba,” tambah Hancock lagi.

Pada ketika ini, terdapat 39 negara di dalam senarai tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here