Jabatan Mufti Negeri Perak akan siasat replika capal di hadapan mihrab

0
432

Surau di sebuah madrasah yang meletakkan capal diruangan mihrab tular sejak semalam

Ipoh- Jabatan Mufti Negeri Perak (JMNP) akan menyiasat dakwaan sebuah surau di sebuah madrasah di Perak yang meletakkan replika papan kayu berbentuk capal pada hadapan mihrab atau sudut imam.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, beberapa kakitangan daripada jabatannya akan dihantar ke madrasah yang dipercayai terletak di Lenggong, hari ini untuk menyiasat perkara berkenaan.

“Saya ingin pastikan sama ada lambang itu masih ada di sekolah (madrasah) berkenaan atau sebaliknya, selain mengenal pasti apa tujuan ia diletakkan di situ,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro hari ini.

Perkara berkenaan yang tular semalam itu turut mendapat perhatian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan melalui ciapan di laman Twitter rasminya yang menyifatkan tindakan madrasah terbabit sebagai suatu kesalahan dalam menzahirkan kecintaan terhadap Nabi Muhammad SAW.

“Kita semua mencintai Nabi, apa yang berkaitan dengan Nabi kita sayang dan hormat. Namun ini bukan caranya. Jika (simbol, logo capal) sekadar diletakkan di dinding rumah, kopiah (masih) boleh diterima. Namun meletakkannya di tempat solat bukanlah sesuatu yang sepatutnya dilakukan.

“Mencintai Nabi mestilah dalam ruang lingkup yang dibenarkan. Sebarkan kasih dan sayang kepada Nabi melalui pembacaan sirah Nabi, perjuangan baginda dan kesusahan yang baginda tempuhi. Sebarkan hadith-hadith baginda (Nabi) agar ianya boleh diiikuti,” kata ciapan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here