JAL tamatkan khidmat pesawat Boeing 777 berikutan masalah kritikal pada enjin

0
80
Keadaan enjin pesawat Boeing 777 milik United Airlines yang terbakar lalu meletup pada 20 Februari lalu. – GAMBAR MEDIA SOSIAL

TOKYO – Pihak Japan Airlines (JAL) menamatkan perkhidmatan 13 buah pesawat Boeing 777 miliknya lebih awal daripada yang dirancang, berikutan masalah kritikal pada enjin Pratt & Whitney PW4077 pada pesawat itu.

Menurut Reuters, JAL sudahpun menggantung perkhidmatan pesawat itu sejak Februari lalu berikutan insiden yang menimpa pesawat United Airlines model yang sama.

Dalam kejadian pada 20 Februari itu, enjin pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu terbakar lalu meletup ketika sedang dalam penerbangan.

Pesawat itu kemudiannya berjaya didaratkan dengan selamat oleh juruterbang.

Kata JAL, buat masa ini, laluan yang dioperasikan oleh pesawat tersebut akan diambil oleh oleh pesawat Airbus SE A350s dan pesawat lain.

“Pada mulanya, kami merancang utuk menghentikan perkhidmatan pesawat tersebut pada Mac tahun hadapan.

“Namun setelah mengambil kira beberapa faktor terutamanya berkenaan isu teknikal, kami membuat keputusan untuk memberhentikan (perkhidmatan pesawat itu) lebih awal,” kata JAL dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman web milik mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here