Jambatan gantung terpanjang di dunia kini di Portugal

0
42

LISBON – Sebuah jambatan gantung yang dianggap terpanjang di dunia akan dirasmikan pada Ahad ini.

Menurut The Guardian, jambatan yang dibina di Taman Geo Arouca diharapkan dapat menjadi tarikan pelancong dan memulihkan kembali ekonomi wilayah itu yang terjejas teruk akibat Covid-19.

Jambatan sepanjang 516 meter (m) itu dibina pada ketinggian 175m daripada Sungai Paiva yang mengalir dalam taman geo yang diiktiraf sebagai warisan alam oleh UNESCO.

Dibina daripada struktur keluli dan kabel, jambatan itu mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan.

Sebelum majlis pembukaannya, penduduk tempatan diberi peluang untuk merentasi jambatan yang dinamakan sebagai 526 Arouca itu, semalam.

Pembinaan jambatan itu sekaligus memecahkan rekod yang terdahulu dipegang oleh Jambatan Charles Kuonen yang dibina di Randa yang terletak di kawasan pergunungan Swiss Alps.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here