Jangan ingat minta maaf sambil nangis-nangis boleh ‘kawtim’ sampai hati kami cair- Pembela

0
415
Pengerusi Pembela, Aminuddin Yahaya

CYBERJAYA- Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) menyelar permohonan maaf dalam bahasa Cina oleh majikan yang membelasah dan mengacukan pistol ke arah pekerjanya.

Pengerusi Pembela, Aminuddin Yahaya berkata, permohonan maaf itu sepatutnya dibuat dalam bahasa Melayu kerana yang dipukul adalah orang Melayu dan yang terguris juga adalah Melayu.

“Baru-baru ini, media menyiarkan video permohonan maaf majikan tersebut di hadapan pejabat polis. Permohonan maaf itu dibuat dalam Bahasa Cina.

Kecederaan yang dialami oleh dua pengawal peribadi selepas dibelasah oleh majikan bangsa Cina kerana berpuasa

“Sefaham saya, semasa beliau mendera pekerjanya, maki-makian termasuk menghina Islam itu adalah dalam Bahasa Melayu. Maka, mustahil beliau tidak boleh berbahasa Melayu.

“Tambahan pula, yang terguris perasaan dan maruahnya adalah orang Islam, yang majoritinya orang Melayu. Yang dipukul dan diacukan pistol adalah orang Melayu juga. 

“Jadi, Mengapa permohonan maaf tiba-tiba dibuat dalam bahasa yang kita tidak fahami pula,” katanya dalam catatan di laman Facebooknya hari ini.

Menurut Aminudin, kes berkenaan bukan lagi kes buat salah, minta maaf dan selesai sahaja. Hukuman berat mana pun tidak dapat merawat luka di hati umat Islam kerana insiden ini. 

“Kamu jangan sangka sekadar minta maaf sambil nangis-nangis boleh ‘kawtim’ sampai hati kami cair.

“Syabas dan tahniah kepada ‘netizen’ dan NGO-NGO yang ‘follow up’ rapat isu ini sehingga menjadi isu nasional kerana kita hidup di zaman ‘viral’ dan ‘massa’. Teruskan momentum ini.

“Kita (Pembela) ada cuba menghubungi mangsa, tetapi kita difahamkan mangsa dinasihatkan untuk tidak berhubung lagi dengan mana-mana pihak lagi buat masa ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here