Jangan tabur pasir dalam periuk nasi kami di Malakat Mall

0
22414

Pekerja Malakat Mall sentiasa memberikan yang terbaik kepada majikan dalam setiap tugasan yang diamanahkan

CYBERJAYA – Jangan tabur fitnah dan tutup rezeki anak Melayu Islam, itu permintaan pekerja Malakat Mall selepas terdapat pelbagai dakwaan tular babitkan pusat beli belah berkenaan.

Pengurus The Tarik Corner (TTC) di Malakat Mall, Muzamir Ismail berkata, orang ‘luar’ yang menfitnah Malakat Mall diminta untuk hentikan tuduhan kerana apa yang didakwa tidak benar sama sekali.

“Rezeki kami kat sini (Malakat Mall). Anak Melayu Islam semua kat sini. Jangan tabur pasir dalam periuk nasi kami. Jangan dengar cakap ‘ex-staff’ dan parasit yang masih ada dalam Malakat Mall,” katanya di kepada Malakat Tribune hari ini.

Menurut Muzamir atau lebih dikenali sebagai Meme, beliau juga merupakan antara individu yang ‘diselamatkan’ Malakat Mall selepas diberhentikan kerja pada awal pandemik Covid-19 melanda negara.

Pengurus The Tarik Corner (TTC) di Malakat Mall, Muzamir Ismail

“Masa mula-mula Covid-19 melanda, saya diberhentikan kerja. Macam-macam saya buat untuk menyara anak-anak. saya goreng kuey teow, kerja ‘lawfirm’ selain jual pelitup muka masa Covid-19.

“Nak jadi rezeki rakan (Nurul Riduwan) dapat kerja di Malakat Mall. Dia pun ajak saya mencuba nasib dengan seorang lagi rakan (Harith Khairi)  di Cyberjaya. Alhamdulillah kami diterima masuk,” katanya.

Muzamir berkata, beliau mula bekerja di Malakat Mall, Cyberjaya pada 20 Jun tahun lalu dan telah menikmati pelbagai kenaikan pangkat serta menikmati segala kemudahan.

“Saya mula kerja di Malakat Mall pada 21 Jun 2020 sampai sekarang masih lagi berkerja. Gaji mula-mula masuk RM1,500, selepas itu jadi MIT gaji naik RM2,500 dan selepas tu jadi pengurus dengan kenaikan gaji lagi.

“Tidak pernah saya tidak dapat gaji.  Ada la sebulan dua masa Covid-19 teruk gaji dibayar secara berperingkat, tetapi selepas sebulan semua dibayar penuh.

“Jika perlu, datang jumpa saya untuk lihat segala penyata bank. Boleh tanya semua staff saya. Semua makan percuma setiap hari, jika cuti kalau lapar pun boleh datang makan. Selain itu tempat tinggal dan uniform juga disediakan secara percuma” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here