Jangan terburu-buru keluarkan kompaun

0
63
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof

PUTRAJAYA – Pegawai penguat kuasa tidak sepatutnya terburu-buru mengeluarkan kompaun mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, pegawai penguat kuasa perlu memahami keadaan semasa sebelum mengambil tindakan.

“Tindakan mengenakan kompaun bagi kesalahan di bawah undang-undang adalah untuk mendidik pelaku supaya bertanggungjawab memerangi pandemik Covid-19.

“Kami (kerajaan) tidak mahu bebankan rakyat. Malah tindakan mengenakan kompaun bukanlah bertujuan menjejaskan kehidupan sebaliknya mahu memastikan tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) tinggi, nyawa selamat dan pelaku dapat muhasabah diri.

“Akta ini tentukan jumlah kompaun tetapi ada budi bicara untuk rayuan dan kurangkan kompaun,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian seminar ‘Cabaran Covid-19 Menurut Perspektif Islam’ dan pelancaran buku Fakulti Pengajian Islam (FPI) 2020/202, terbitan Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) secara maya hari ini.

Menurut Mohd Redzuan, tindakan segelintir rakyat yang masih berdegil tidak mematuhi SOP menjadi antara faktor penyumbang kepada peningkatan kes baharu Covid-19 kebelakangan ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here