Kadar dividen KoPPIM akan diumumkan pada Jun ini

0
1609

CYBERJAYA – Kadar dividen Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) bagi tahun 2020 akan diumumkan pada Jun ini semasa Mesyuarat Agung Tahunan koperasi berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif KoPPIM, Syaraff Al Sadat berkata, pihaknya perlu melengkapkan beberapa prosedur sebelum dividen berkenaan boleh diumumkan.

Ketua Pegawai Eksekutif KoPPIM, Syaraff Al Sadat

Beliau berkata, prosedur berkenaan termasuklah KoPPIM perlu menghantar hasil audit kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk proses semakan suruhanjaya itu.

“KoPPIM juga perlu menunggu mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah pada Khamis ini, pada mesyuarat itu, bendahari KoPPIM akan membentangkan penyata kewangan yang diaudit.

“Pembentangan tersebut bagi mendapatkan kelulusan. Selain itu, mesyuarat juga akan memutuskan jumlah kadar dividen untuk tahun kewangan 2020 kepada ahli KoPPIM.

“Selepas itu kita akan hantar keputusan yang dicapai dalam mesyuarat kepada SKM, ini kerana kita perlu dapatkan ‘lampu hijau’ daripada SKM untuk kita umumkan kadar dividen.

“Jadi… Insya-Allah, saya jangka kadar dividen ini akan diumumkan di Mesyuarat Agung Tahunan pada Jun ini,” katanya ketika ditemui Malakat Tribune baru-baru ini.

Menurut Syaraff, ketika ini jumlah ahli KoPPIM telah mencecah seramai 27,000 orang dan kira-kira 7,000 daripada jumlah itu masih belum mengemaskini maklumat akaun bank.

“Saya mahu ambil kesempatan ini untuk maklumkan, kita ada lebih 7,000 ahli yang beum kemaskini profil anda dalam sistem pendaftaran KoPPIM, jadi maklumat bank masih belum ada.

“Masalah ini akan menyebabkan masalahn untuk kita membuat agihan dengan cepat dan tepat kepada ahli. Saya harap semua ahli dapat ambil maklum dan membuat semakan,” katanya.

Mengulas lanjut, Syaraff berkata, KoPPIM terus kekal dengan momentum untuk menarik penyertaan sejuta juta ahli seperti yang disasarkan sebelum ini pada awal penubuhan.

“Sasaran pembangunan KoPPIM ada tiga iaitu, pembangunan sasaran sejuta ahli, pemangunan ekosistem ekonomi Islam dan pembangunan usahawan Malakat Ekosistem.

“Sebagai ahli KoPPIM, kita mahu ajak anda berjuang Fardu Kifayah, kita tidak boleh nak ajak semua orang sebab bukan semua ada kemampuan, kita nak ahli jadi pejuang ekonomi,” katanya.

Mengulas mengenai pelaburan KoPPIM, Syaraff berkata, pelaburan pertama KoPPIM ialah bersama projek Malakat Mall Cyberjaya yang telah beroperasi pada Mac tahun lalu.

“Kita mendapat pelawaan daripada Malakat mall untuk jadi pelabur strategik pada Jun 2020, kita ada enam bulan tempoh perniagaan. Walaupun dalam tempoh PKP, kita dapat hak jualan dua peratus.

“Sebelum ini, ada tular mengapa tiada nama KoPPIM dalam pendaftaran Malakat Mall, ia kerana perbincangan dengan Malakat Mall, pengasasnya, Mohd Fadzil Hashim telah melabur dana beliau untuk buka pusat beli belah itu pada 2019 lagi.

“Pada ketika itu, KoPPIM tiada lagi…Tetapi sekarang, apabila kita sudah ada dana, kita dapat melabur dan ambil peluang untuk menyertai pelbagai projek yang strategik dalam Malakat Ekosistem,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here