Kalimah Allah: Penegasan DBP jadi penguat hujah di mahkamah

0
173
Pembela mengadakan pertemuan dengan DBP semalam

CYBERJAYA – Penegasan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam polemik terjemahan “God” ke dalam Bahasa Melayu sangat dihargai kerana dapat menafikan hujah pihak misionari Kristian yang bersungguh-sungguh mahu menggunakan kalimah Allah dalam Bible dan bahan dakyah mereka.

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela (Pembela), Aminuddin Yahaya berkata, pencerahan oleh DBP itu diharap dapat menjadi penguat hujah di mahkamah dalam peringkat rayuan bagi kes berkenaan dalam agenda umah membela agama Islam.

“Alhamdulillah, jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atas tindakan yang tuntas ini.

“Penegasan pihak DBP dalam polemik terjemahan “God” ke dalam Bahasa Melayu ini adalah sangat dihargai kerana sekaligus menafikan hujah pihak misionari Kristian yang bersungguh-sungguh mahu menggunakan kalimah Allah dalam Bible dan bahan dakyah mereka.

Terjemahan DBP

“Semoga ini menjadi penguat hujah di mahkamah dalam peringkat rayuan bagi kes ini dalam agenda kita membela agama ini. Insya-Allah,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya semalam.

DBP semalam menjelaskan bahawa perkataan God bermaksud tuhan, manakala istilah yang digunakan dalam Islam adalah Allah.

Selain itu, kalimah Allah mengikut Kamus Dewan Perdana 2020 pula mempunyai dua takrifan iaitu Tuhan yang maha esa dan pencipta seluruh alam, yang mempunyai sifat yang sempurna.

Takrifan kedua adalah nama Tuhan yang paling unggul, yang maknanya meliputi pengertian kesemua 99 nama-Nya.

Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan berkata, istilah ‘Allah’ ialah kata yang merujuk kepada makna ‘Tuhan yang esa dan pencipta seluruh alam, yang mempunyai segala sifat yang sempurna’.

Manakala, kata ‘Tuhan’ dengan huruf besar diberi takrif yang sama dengan istilah ‘Allah’, iaitu sebagai sinonim atau kata seerti dengan kata ‘Allah’.

Bagi agama selain Islam, istilah ‘tuhan’ digunakan sebagai nama am, iaitu ditulis dengan huruf kecil untuk membezakan konsep ketuhanan dalam agama Islam dengan konsep ketuhanan dalam agama-agama lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here