Kapal selam Indonesia hilang ketika latihan

0
571
KRI Nanggala-402

JAKARTA – Sebuah kapal selam milik Indonesia dilaporkan hilang di utara Pulau Bali, hari ini.

Menurut portal Kompas, KRI Nanggala-402 itu hilang di sekitar 95 kilometer pulau tersebut pada pukul 3 pagi (waktu tempatan).

“Kapal itu hilang selepas diberi keizinan untuk menyelam.

“Setelah menerima clearance, perhubungan (dengannya) terus terputus,” kata Panglima TNI, Marsekal Hadi Tjahjanto ketika mengesahkan kejadian itu.

Sementara itu, menurut Kadispenal Laksamana Pertama TNI, Julius Widjojono, kapal selam itu sedang dalam latihan penembakan torpedo sebelum dilaporkan hilang.

Buat masa ini, Indonesia telah mengerahkan beberapa buah kapal perang ke lokasi terakhir KRI Nanggala berada bagi memulakan operasi mencari.

Selain itu, Indonesia telah turut memohon bantuan daripada Singapura dan Australia yang memiliki kapal penyelamat kapal selam.

KRI Nanggala-402 merupakan kapal selam buatan Howaldtswerke, Kiel, Jerman pada tahun 1981.

Kapal selam itu dikuasakan menerusi enjin diesel elektrik dan mempunyai seramai 34 anak kapal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here