Kartel projek kerajaan: SPRM tahan pegawai agensi kerajaan terima RM1.2 j

0
468
Pegawai agensi kerajaan berusia 38 tahun yang dipercayai terlibat dalam sindiket kartel projek kerajaan. Foto Ihsan SPRM

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai kanan kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung sindiket kartel monopoli projek kerajaan yang ditumpaskan semalam. 

Lelaki berusia 38 tahun yang merupakan juruukur gred 48 di jabatan kerajaan itu dipercayai menerima rasuah bernilai RM1.2 juta daripada agensi yang terlibat dalam sindiket berkenaan.

Tertuduh dipercayai terlibat dalam kerja-kerja penyediaan Kuantiti Bill (BQ) yang ditawarkan agensi terbabit dan membocorkan maklumat berhubung projek bagi memudahkan penyediaan dokumen tender.

Memetik laporan Malaysia Gazette hari ini, penahanan ke atas pegawai terbabit dibuat lewat malam semalam di rumah beliau di Ampang.

Hasil risikan mendapati beliau menerima rasuah sebanyak RM300,000 bagi maklumat yang disalurkan kepada ketua sindiket.

Setakat ini sebanyak empat kali pembayaran dengan anggaran RM1.2 juta telah dibayar kepada beliau.

Siasatan kes masih berjalan dan dipercayai lebih ramai akan ditahan berhubung kes ini.

SPRM semalam menahan tujuh individu dipercayai terlibat dalam sindiket memonopoli projek kerajaan membabit nilai RM3.8 bilion sejak 2014.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here