Kebakaran : Semua warga Brainy Bunch Cyberjaya Selamat

0
942
Warga Brainy Bunch Kampus Cyberjaya berkumpul di padang sekolah semasa sesi latihan kebakaran hari ini.

CYBERJAYA – Hampir 1,000 kakitangan dan pelajar kampus utama Brainy Bunch di sini bergegas meninggalkan bangunan dalam kebakaran yang berlaku pagi ini.

Dalam kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, kesemua 700 pelajar dan lebih 200 kakitangan berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Pegawai Operasi Balai Bomba Dan Penyelamat Cyberjaya, Rosman Ab Rahman berkata, sebuah jentera bersama 10 anggota dikerahkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan mengenai kebakaran .

“Proses mengosongkan bangunan kampus setinggi lima tingkat hari ini berjaya dilakukan dalam masa 5 minit 47 saat.

“Saya berpuas hati dengan kecekapan pihak sekolah menguruskan situasi kecemasan hari ini,” katanya dalam Latihan Kebakaran Kampus Brainy Bunch di Cyber Valley hari ini.

Rosman berkata, latihan itu bertujuan menguji tahap persediaan pihak pengurusan bangunan dalam kes melibatkan kebakaran dan kecemasan.

Selain itu katanya, latihan juga bertujuan menguji keberkesanan sistem penggera dan pelan kecemasan bangunan.

“Melalui aktiviti ini kita menilai tahap persediaan dan memberi pendedahan mengenai prosedur yang sepatutnya dilaksanakan.

Rosman turut memuji inisiatif Brainy Bunch melaksanakan latihan kebakaran sebagai persediaan pengurusan kecemasan.

“Alhamdulillah proses mengeluarkan penghuni bangunan berjaya dilakukan dalam masa 5 minit 47 saat. Masih dalam tempoh yang ditetapkan.

“Ini merupakan latihan pertama dilakukan sejak penularan Covid-19 tahun lalu.

” Kami menggalakkan orang ramai khususnya pemilik bangunan dari sektor kerajaan dan swasta melakukan latihan kebakaran setahun sekali,” katanya.

Mohammad Ali Nurdin

Sementara itu, Pengetua dan Pengerusi Keselamatan Bangunan Kampus Bainy Bunch, Mohammad Ali Nurdin berkata, sesi latihan itu dilakukan dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Kami memastikan penjarakan fizikal yang teliti dalam kalangan pelajar semasa di lapangan selamat (padang).

“Insyallah kami akan meneruskan latihan kebakaran pada masa akan datang, mungkin pada setiap tahun,”katanya.

Selain latihan itu, warga Brainy Bunch juga diberikan pendedahan mengenai cara memadamkan kebakaran.-MT

Pelajar diberi pendedahan mengenai cara memadamkan kebakaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here