Kebenaran dan SOP pergerakan pelajar IPT sempena Aidilfitri diumumkan hari ini

0
173
Sesi libat urus bersama dengan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) bagi mendapat maklum balas mengenai cadangan kebenaran dan SOP

CYBERJAYA- Kebenaran dan prosedur operasi standart (SOP) bagi pergerakan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) sempena Aidilfitri akan diputuskan hari ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, apa jua keputusan, keselamatan dan kesihatan pelajar kekal menjadi keutamaan.

Noraini berkata, cadangan kebenaran dan SOP pergerakan itu akan dibentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum diputuskan.

“Petang tadi (semalam) saya telah mengadakan sesi libat urus bersama dengan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) bagi mendapat maklum balas mengenai cadangan kebenaran dan SOP itu.

“Sesi yang sama juga telah dibuat sebelum ini bersama timbalan-timbalan naib canselor (TNC), Hal Ehwal Pelajar, Universiti Awam (UA), Persatuan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan MPPK pada 20 April lalu.

“Libat urus itu bertujuan mendapatkan input dan dapatan awal serta persediaan IPT masing-masing mengenai SOP pergerakan pulang pelajar,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya semalam.

Katanya, semua maklum balas dan pandangan daripada IPT dan pelajar ini akan diteliti dan diambil perhatian terutama berkenaan dengan SOP sebelum dibentang ke MKN untuk diputuskan pada hari esok.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here