Kedah umum pemberian khas RM1,000 untuk pegawai dan kakitangan awam negeri

0
49

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor dalam sidang akhbar di Wisma Darul Aman hari ini

ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah mengumumkan pemberian bantuan khas sempena Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada semua pegawai dan kakitangan awam negeri.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, pemberian khas itu memberi manfaat kepada 5,300 pegawai dan kakitangan awam negeri termasuk pekerja kontrak serta mereka yang bercuti separuh atau tanpa gaji.

Beliau berkata, secara keseluruhannya, pemberian bantuan khas tersebut melibatkan perbelanjaan berjumlah RM5.3 juta dengan pembayaran akan dibuat sebelum ketibaan 1 Syawal.

“Pemberian khas ini mengambil kira kutipan hasil kerajaan negeri untuk suku pertama 2021 yang agak baik berbanding tempoh sama tahun lepas.

“Oleh itu, pemberian khas ini merupakan penghargaan terhadap kerja keras yang diberikan kakitangan kerajaan negeri,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here