Kenapa SKMM tidak menghalang akses laman web judi online?

0
141
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil

CYBERJAYA – Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil mempersoalkan mengapa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak menghalang akses kepada semua laman web judi online.

Fahmi berkata, ketika ini isu judi online semakin menjadi-jadi, sehinggakan pelbagai video promosi dibuat yang semestinya menyentuh sensitiviti umat Islam terutama di bulan Ramadan ini.

“Mengapa begitu banyak laman web judi online (online casino) masih boleh beroperasi? Adakah membuat video promosi judi online itu sahaja kesalahannya? Adakah pembikin dan pelakon video promosi itu sahaja yang bersalah atau boleh diambil tindakan?

“Siapa pengusaha-pengusaha disebalik laman-laman web ini? Apakah judi online ini dibenar beroperasi oleh Kerajaan? Jika tidak, mengapa dibenarkan beroperasi,” soalnya dalam kenyataan di status Facebooknya hari ini.

Selain itu Fahmi yang juga merupakan Ahli Parlimen Lembah Pantai turut mempersoalkan mengapa pengusaha-pengusaha judi online ini tidak ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah.

“Berapa ramai rakyat Malaysia  terutama orang Melayu Islam yang terjebak dengan gejala judi akibat adanya judi online ini?

“Mengapa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia tidak menghalang akses kepada semua laman web judi online ini? Adakah pangkalan data (server) laman judi online ini berada dalam negara atau di luar? Apakah tindakan yang akan diambil,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here