Kerajaan akan kaji semula penggunaan vaksin AstraZeneca di Malaysia

0
77
Khairy Jamaludin

CYBERJAYA – Kerajaan akan melihat semula sama ada akan terus menggunakan vaksin AstraZeneca dalam portfolio vaksin bagi penduduk negara ini susulan amaran yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa keselamatan Agensi Perubatan Eropah (EMA) semalam.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, ia berikutan kes pembekuan darah yang dilaporkan selepas penggunaan vaksin AstraZeneca harus disenaraikan sebagai kesan sampingan vaksin yang mungkin berlaku.

“Kita mengambil maklum pengumuman EMA mengenai vaksin AstraZeneca. JKJAV akan mempertimbangkan perkara itu dan akan memutuskan sama ada kita akan terus menggunakan AstraZeneca dalam portfolio vaksin kita.

“Keselamatan adalah perkara utama,” katanya dalam satu ciapan menerusi Twitternya, hari ini.

Jawatankuasa keselamatan EMA (PRAC) semalam membuat kesimpulan bahawa pembekuan darah luar biasa dengan platelet darah rendah harus disenaraikan sebagai kesan sampingan Vaxzevria (dahulunya vaksin Covid-19 AstraZeneca) yang sangat jarang berlaku.

Dalam kenyataan pada laman webnya, EMA memaklumkan, jawatankuasa itu mempertimbangkan semua bukti yang ada ketika ini, termasuk nasihat daripada kumpulan pakar sebelum membuat kesimpulan itu.

EMA mengingatkan profesional penjagaan kesihatan dan mereka yang menerima vaksin itu untuk kekal berjaga-jaga terhadap kemungkinan berlakunya kes pembekuan darah berserta platlet darah rendah yang sangat jarang berlaku dalam tempoh dua minggu selepas penerimaan vaksin.

Katanya, kebanyakan kes dilaporkan berlaku setakat ini membabitkan wanita berusia bawah 60 tahun dalam masa dua minggu selepas vaksinasi dan berdasarkan bukti sehingga kini, faktor risiko khusus belum dapat disahkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here