Kerajaan Britain tambah 4 negara lagi dalam senarai merah

0
84

LONDON – Kerajaan Britain hari ini menyenaraikan 4 buah negara lagi ke dalam senarai merah bagi menyekat kemasukan pelawat dari negara itu.

Menurut AFP, penyenaraian tersebut bermaksud, pelawat dari negara Kenya, Bangladesh, Filipina dan Pakistan adalah disekat daripada memasuki Britain kerana penularan ‘varian Covid-19 yang semakin membimbangkan’.

Larangan itu turut meliputi individu yang meninggalkan negara-negara terbabit atau menjadikannya transit sepanjang 10 hari sebelumnya.

Bagi warganegara dan penduduk tetap Britain yang melakukan perjalanan ke negara-negara tersebut, mereka diwajibkan menjalani kuarantin di hotel-hotel diluluskan pihak berkuasa selama 10 hari apabila pulang.

Penyenaraian baharu itu menjadikan bilangan negara yang berada dalam senarai merah tersebut meningkat kepada 39.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here