Kes bomoh ditembak: Polis tahan dua individu

0
169
Mangsa ditemukan maut di rumahnya pada pukul 11 malam pada Ahad lalu

KUANTAN – Polis menahan dua individu bagi membantu siasatan kes pengamal perubatan yang ditemukan maut ditembak dalam sebuah rumah di Bukit Rangin Perdana 2 pada Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Othman Nayan ketika dihubungi Bernama berkata, kedua-dua individu terbabit telah direman selama tujuh hari sehingga 13 April.

Bagaimanapun, Othman tidak mendedahkan sebarang butiran tangkapan berkenaan.

Pada Ahad lalu, Mohamad Abdul Rahim Nasri, 31, ditemukan maut kira-kira jam 11 malam, dengan kesan darah kering di kepala serta mempunyai luka tembakan.

Difahamkan, ketika kejadian lelaki itu tinggal berseorangan di rumah kerana isterinya sedang berpantang di rumah keluarga di Pekan.

Ibu mangsa yang berumur 60 tahun yang bersamanya pula keluar berniaga di tapak niaga Bukit Rangin 2.

Polis sebelum ini dilaporkan tidak menolak kemungkinan kejadian bermotifkan dendam atau marah dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here