Ketua Menteri Melaka rasmikan Malakat Mall Masjid Tanah

0
151

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali merasmikan Malakat Mall Masjid Tanah hari ini

MASJID TANAH – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali hari ini hadir merasmikan Malakat Mall Masjid Tanah selepas kira-kira sebulan pusat beli belah itu beroperasi.

Ketibaan beliau pada pukul 1.30 petang disambut oleh Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim dan barisan tertinggi pengurusan mall dalam upacara bertemakan kebudayaan Melayu tradisional.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ketua Penasihat Majlis Agama Brainy Bunch, Ustaz Aden.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali juga turut menyampaikan sumbangan kepada nak-anak yatim pada Majlis Perasmian Malakat Mall Masjid Tanah

Hadir sama Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan Naib Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Ustad Masridzi Sat dan Pengarah MARA Negeri Melaka.

Sulaiman dalam ucapannya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada kumpulan Malakat kerana memilih Masjid Tanah sebagai lokasi cawangannya.

” Hari ini saya cukup gembira melihat sebuah pusat beli belah yang sudah bertahun-tahun kosong dihidupkan semula.

“Diharapkan Malakat Mall akan menyumbang kepada peningkatan ekonomi masyarakat setempat dan negeri keseluruhannya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here