Ketua sindiket miliki 2 helikopter, kapal layar, kereta mewah dan jutaan nilai hartanah

0
502
Selain helikopter, ketua sindiket kartel projek juga memiliki dua buah helikopter.

CYBERJAYA – Ketua kartel yang memonopoli ratusan projek kerajaan dengan nilai anggaran RM3.8 bilion memiliki kehidupan ‘super kaya’ dengan pelbagai aset mewah.

Antaranya adalah 2 helikopter, sebuah kapal layar, pelbagai jenis kereta mewah dan hartanah bernilai lebih RM41 juta.

Itu merupakan sebahagian daripada pendedahan yang dibongkar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatannya terhadap kartel yang telah aktif sejak 2014 itu.

Memetik laporan Free Malaysia, SPRM turut menemui wang tunai berjumlah RM3.5 juta dalam serbuan di rumah individu yang menjadi dalang sindiket itu malam tadi.

Turut ditemui di kediaman lelaki bergelar Datuk berusia 47 tahun itu beberapa kereta mewah termasuk Mercedes-Benz, Range Rover dan Mustang GT, dianggarkan bernilai RM15.7 juta.

Sebahagian daripada kewah mewah yang disita SPRM.

Sebahagian daripada aset hartanah pula termasuk sebuah banglo, loteng kedai dan lot pejabat bernilai RM29 juta yang kini disita.

Semalam, SPRM mendedahkan sindiket kartel projek kerajaan yang memonopoli tender-tender kerajaan secara rasuah melalui penglibatan orang dalam, membabitkan jumlah RM3.8 bilion.

Sindiket itu menggunakan beratus-ratus orang untuk menubuhkan syarikat tersebut, membayar gaji dan komisen bulanan kepada mereka untuk penggunaan nama dan perincian mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here