Kewujudan Malakat Grocer dalam komuniti penyelesaian kepada status halal bekalan makanan

0
508
Kaunter penyerahan baucer belian Malakat Grocer kepada golongan asnaf sewaktu majlis pembukaan Malakat Grocer Greenwood, hari ini. – MALAKAT TRIBUNE

SRI GOMBAK – Jaminan status halalan thoyyiban di Malakat Grocer merupakan antara daya penarik bagi pelanggan untuk membeli belah tanpa rasa was-was.

Cukup sudah isu bekalan makanan rakyat kita dicemari dengan bahan makanan yang diragui status kehalalannya.

Kini kemunculan Malakat Grocer di dalam komuniti boleh dianggap sebagai satu daripada ‘senjata’ bagi melawan anasir jijik ini.

Noraini (kanan) selaku pelanggan pertama yang melakukan pembayaran di Malakat Grocer Greenwood, hari ini. – MALAKAT TRIBUNE

Bagi seorang ibu yang hanya mahu dikenali sebagai Noraini, pembukaan Malakat Grocer di Taman Greenwood hari ini umpama satu anugerah yang amat berharga.

“Saya rasa amat seronok sekali, kerana akhirnya ada juga kedai milik Muslim sepenuhnya dibuka di kawasan ini.

“Sudah tentu saya akan sokong dan ajak rakan-rakan dan anak-anak saya untuk berbelanja di sini,” kata Noraini yang menerima penghormatan sebagai pelanggan pertama Malakat Grocer Greenwood.

Majlis pembukaan cawangan Malakat Grocer yang ke-8 pagi tadi disempurnakan oleh Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim yang turut dikenalai sebagai Coach Fadzil.

Turut hadir, Pengarah Pembangunan Perniagaan Malakat Mall, Mohd. Fazli Rahim; Ketua Pegawai Operasi Malakat Mall, Abdul Salam Zulkarnain; dan Pengurus Malakat Grocer Cawangan Gombak, Ali Syahidi Anwar.

ROHAIDA RAHMAT. – MALAKAT TRIBUNE

Sementara itu, bagi Rohaida Rahmat pula, kerisauan mengenai status halal barangan makanan kini bukan lagi satu isu kerana jawapannya ada di Malakat Grocer.

“Saya tidak lagi perlu risau sama ada barang yang saya beli itu benar-benar dijamin status halalnya atau tidak.

“Kini saya boleh berbelanja dengan tenang tanpa rasa was-was lagi,” kata Rohaida yang juga merupakan salah seorang warga asnaf yang menerima bantuan.

Pada majlis pembukaan hari ini juga, seramai kira-kira 100 golongan asnaf menerima bantuan berupa baucer belian selama setahun dengan nilai terkumpul sebanyak RM360 bagi digunakan untuk membeli barangan keperluan di mana-mana rangkaian Malakat Grocer di seluruh Lembah Klang.

ZULKIFLI OMAR. – MALAKAT TRIBUNE

Sementara itu, bagi seorang lagi penerima asnaf, Zulkifli Omar, beliau dan keluarga akan memindahkan belanja bulanan mereka ke Malakat Grocer sebagai salah satu tanda sokongan dalam mengukuhkan ekosistem ekonomi Muslim.

“In sya Allah, kami akan memindahkan belanja bulanan kami ke sini.

“Setakat pemerhatian saya hari ini, barangan yang ada adalah memuaskan dan kami boleh dapatkan apa yang kami mahu di sini, dengan harga jualan yang berpatutan.

“Sudah tentu kami akan jadikan lokasi ini tempat kunjungan kami untuk membeli belah barangan dapur kami,” kata Zulkifli yang ditemani isteri beliau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here