KKM cadang rentas negeri sempena Aidilfitri ditangguh, bazar ditutup

0
199
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan kebenaran untuk rentas negeri sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini ditangguhkan.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini melalui ciapan di Twitter.

Kenyataan itu dibuat berikutan peningkatan kes Covid-19 yang semakin ketara sejak minggu lalu termasuk pertambahan jumlah kawasan yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sementara itu di Twitternya juga, Dr. Adham berkata kerajaan akan mempertimbangkan penutupan bazar Ramadan jika berlaku jangkitan komuniti daripada aktiviti itu.

“Bazar Ramadan akan ditutup jika terdapat kluster jangkitan dipercayai daripada aktiviti bazar,” katanya.

infografik dikongsikan Dr. Adham Baba melalui Twitternya.

Beliau berkata, tindakan itu adalah keputusan terbaik bagi menjayakan program imunisasi yang masih diteruskan.

Dalam pada itu, jumlah pemberian dos vasin Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 653,531 dengan pendaftaran sebanyak 8,760,857.- MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here