Kompaun: Perlu ada budi bacara dan berperikemanusiaan-PM

0
128

Perdana Menteri ketika berucap merasmikan Pertandingan Komuniti Zon Hijau Covid-19 di Putrajaya hari ini

PUTRAJAYA – Ketegasan dalam pelaksanaan hukuman berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) adalah perlu atas tujuan mendidik dan memberi kesedaran.

Namun, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta agar pihak berkuasa mengamalkan budi bicara dan perikemanusiaan dalam mengambil sebarang tindakan.

“Hal ini sangat penting, terutamanya dalam situasi pandemik yang memberi kesan yang sangat besar kepada kehidupan rakyat di negara ini,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Pertandingan Komuniti Zon Hijau Covid-19 di sini hari ini.

Menurut Muhyiddin, kerjasama yang baik antara masyarakat dan pihak penguatkuasa akan mewujudkan komuniti yang lebih kuat komuniti untuk bersama-sama memastikan kejayaan membendung penularan jangkitan virus Coid-19 dapat dicapai.

Sebelum ini, media melaporkan peniaga burger dan colek di dua kampung berasingan di Kelantan dikenakan kompaun RM50,000 kerana didakwa beroperasi melebihi masa ditetapkan.

Tindakan yang dikenakan terhadap mereka yang masing-masing berniaga kecil-kecilan di depan rumah menimbulkan ketidakpuasan hati banyak pihak yang menganggap ia keterlaluan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here