KPLB sasar buka 14 [email protected] di seluruh negara

0
110
Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad melihat antara produk yang dipasarkan di [email protected]

CYBERJAYA – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan membuka 14 buah [email protected] di seluruh negara dalam beberapa tahun akan datang.

Timbalan Menteri I Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, ia bagi memperkasa produk luar bandar ke peringkat antarabangsa.

Abdul Rahman berkata, buat masa ini sudah terdapat [email protected] di Johor; [email protected] di Pahang dan gudang [email protected] di Shah Alam, Selangor.

“Selepas ini kita akan kembangkan konsep [email protected] ini dengan membuka [email protected], di Sarawak dan [email protected] di Perak dalam masa terdekat.

“Kita bercadang membuka sekurang-kurangnya sebuah [email protected] di setiap negeri pada masa akan datang.

“Usaha berkenaan bagi membantu usahawan luar bandar memasarkan produk mereka secara dalam talian melalui platform e-Dagang,” katanya.

Menurut Abdul Rahman, sehingga kini terdapat 2,162 usahawan luar bandar yang memanfaatkan program [email protected] sebagai platform memasarkan produk dan perkhidmatan secara dalam talian.

“Sejak dilancarkan pada akhir tahun 2017 sehingga 31 Mac 2021, [email protected] mencatatkan jumlah jualan usahawan luar bandar berjumlah RM2.05 juta dengan 2,362 produk dan 24,537 unit simpanan stok barangan.

“KPLB akan terus bekerjasama dengan agensi kerajaan dan pihak swasta bagi membolehkan pelbagai kerjasama strategik dirangka pada masa hadapan seterusnya memberikan manfaat kepada usahawan kecil,” katanya.

Katanya, KPLB menyasarkan memperluaskan pasaran produk serta perkhidmatan usahawan luar bandar melalui platform e-Dagang, sekali gus meningkatkan hasil jualan mereka kepada 10 peratus hingga 30 peratus setahun melalui perniagaan dan pemasaran dalam talian.

Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Lipis berkata, keutamaan kerajaan pada masa kini adalah membuka lebih banyak peluang dalam bidang keusahawanan secara dalam talian selain mewujudkan peluang pekerjaan dan pasaran baharu bagi membantu rakyat terutama menghadapi cabaran pasca pandemik Covid-19.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here