Laptop Acer Chromebook serendah RM150 sebulan untuk ahli KoPPIM

0
890
Acer Chromebook

CYBERJAYA – Kumpulan Malakat Mall menawarkan pembelian 1,000 komputer peribadi Acer Chromebook pada harga serendah RM150 sebulan kepada ahli Koperasi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM).

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, tawaran pembayaran ansuran selama 10 bulan itu ditawarkan sempena pelancaran kedai peralatan elektrik terbaharu milik kumpulan perniagaan itu, 3Wayar.

“Tawaran istimewa ini dibuka kepada semua ahli KoPPIM yang sudah membeli syer pelaburan koperasi sekurang-kurangnya tiga bulan.

“Hari ini kami terima 50 buah Acer Chromebook. Sebenarnya kami tempah 1,000 untuk pembelian ahli koperasi,” katanya melalui sesi Live Facebook hari ini.

Mohd. Fadzil Hashim

Mohd. Fadzil berkata, 3Wayar merupakan jenama terbaharu di bawah perniagaan Malakat Mall yang diperoleh daripada pengambil alihan kedai elektrik milik rakannya berbangsa Cina di Puchong, Selangor.

Katanya sempena pra pembukaan 3Wayar yang terletak di Malakat Mall hari ini, pihaknya menawarkan kemudahan pembelian pada harga terendah kepada semua ahli yang layak.

“Chromebook ini bukan senang nak dapat di pasaran sebab permintaan yang tinggi sekarang.

“Pada harga RM1,500 dengan kemudahan bayaran serendah RM150 sebulan, ia pasti pembelian yang berbaloi,” katanya.

Mohd Fadzil atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, Chromebook merupakan laptop bersaiz kecil yang sedang mendominasi pasaran terutama dalam kalangan pelajar dan eksekutif muda.

“Walaupun kelas secara bersemuka telah dilaksanakan sepenuhnya, pelajar kita masih bergantung kepada kandungan-kandungan digital untuk pembelajaran,” katanya.

Berbeza dengan komputer riba biasa, Chromebook menggunakan sistem operasi Chrome OS yang berfungsi secara optimum dengan akses Internet, ringan, bateri tahan sehingga 9 jam dan memanfaatkan penyimpanan data secara cloud storage.

Jenama terbaharu di Malakat Mall, Cyberjaya.
3Wayar juga menawarkan pelbagai peralatan elektrik pada harga berpatutan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here