Lebih 100 kakitangan Malakat, BrainyBunch hadir program pengajian kitab

0
170
Al Fadhil Sheikh Mohd Hafidz Selamat diiringi Mohd. Fadzil Hashim (belakang) ketika tiba di Dewan Besar Ibupejabat BrainyBunch sebentar tadi.

CYBERJAYA – Lebih 100 kakitangan BrainyBunch dan kumpulan Malakat menghadiri pengajian kitab hukum-hakam berpuasa yang diadakan di Dewan Besar Ibupejabat BrainyBunch di sini petang ini.

Bacaan Kitab Al-Jauhar – Al-Mauhub dan Matha’ul Badrain (Hukum Hakam Puasa Ramadan dan Fadhilatnya) dibacakan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Al-Jenderami, Al Fadhil Sheikh Mohd Hafidz Selamat.

Pengajian kitab yang diwajibkan kepada kakitangan sempena kehadiran bulan Ramadan itu membicarakan hukum-hakam mengenai amalan dan tata tertib menunaikan rukun Islam ketiga itu. 

Kitab Al-Jauhar Al-Mauhub merupakan hasil terjemahan oleh Asy-Syeikh Ali Abdur Rahman Al-Kalantani yang dinukilkan daripada Kitab Lubab Al-Hadith, karangan Asy-Syeikh Al-‘Alim Al-‘Allamah Jalaluddin ‘Abdul Rahman As-Suyuthi. 

Sebahagian daripada kakitangan Kumpulan Malakat dan BrainyBunch yang hadir dalam pengajian kitab sempena ketibaan Ramadan.

Sheikh Mohd Hafidz berkata, kitab itu merupakan (pengajaran) dan bimbingan agama di dalam berbagai lapangan ibadat dan telah banyak kali diulang cetaknya serta digunakan di pondok-pondok pengajian agama.

Di dalam huraiannya, beliau berkata, pengajian kitab adalah untuk mencari kebaikan dalam ibadat puasa dengan memahami pantang larang dan tertib ibadat itu secara terperinci seperti mana yang diterapkan oleh Imam Al-Shafie.

“Amalan agama ini mesti kita faham, sebab jika kita tidak faham ia tidak menjadikan amalan kita sah.

“Jangan ambil mudah mengenai hukum-hakam kerana ia menentukan amalan kita sah atau sebaliknya

“Dan kita dapati banyak amalan berpuasa dan lain-lain dilakukan tanpa pemahaman yang betul,’’ katanya. 

Program turut dihadiri Pengasas Brainy Bunch dan Kumpulan Malakat, Mohd. Fadzil Hashim atau lebih dikenali Coach Fadzil. 

Kampus induk BrainyBunch yang terletak di Raudah City, Cyberjaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here