Lebih 2 juta penjawat awam, pesara bakal terima duit raya

0
200
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Kerajaan hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah.

Menurut Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan, bantuan khas sebanyak RM250 turut diberikan kepada pesara kerajaan.

Pejabat Perdana Menteri turut memaklumkan, pemberian itu akan turut membabitkan kakitangan lantikan kontrak, kontrak untuk perkhidmatan, pegawai sambilan harian (PSH) serta lantikan di bawah MySTEP.

“Bantuan khas itu yang bakal memanfaatkan lebih dua juta penjawat awam dan pesara, akan dibayar bersama dengan pembayaran gaji Mei, iaitu pada 6 Mei depan.

“Bantuan khas tersebut akan memberikan manfaat kepada lebih 2 juta penjawat awam dan pesara,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu, pengumuman awal itu dibuat atas keprihatinan kerajaan dalam membantu mereka membuat persiapan hari raya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here