Lelaki maut selepas dipercayai terjun dari tingkat 3 KLCC

0
614

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah Suria KLCC, hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira pukul 1.52 petang tadi.

“Balai Polis Dang Wangi menerima panggilan pada pukul 1.52 petang, memaklumkan seorang lelaki telah terjun dari tingkat tiga di Suria KLCC. Siasatan masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi portal Astro AWANI.

Terdahulu, tular beberapa keping gambar laman sosial Twitter yang menunjukkan keadaan mangsa terjatuh jatuh dari tingkat tiga itu.

Mangsa dilaporkan mati ditempat kejadian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here