Lepak makan mee celup lauk stambung di Warung Raysha

0
299
Warung Raysha beroperasi di Jalan Tok Akil, Ketereh, Kelantan

PERNAH…makan mee celup? Kalau orang Kelantan, pasti tahu sedapnya macam mana. Jika ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini, terdapat banyak restoran, kedai dan warung yang menghidangkan menu ini kepada pelanggan.

Mee celup sangat popular di Kelantan, boleh dikatakan menu wajib cuba jika bertandang ke negeri tersebut. Ada juga mengatakan mee celup ini sebenarnya berasal dari Siam (Thailand), adat berjiran, resepinya mungkin sama.

Mee celup lauk stambung di Warung Raysha

Antara lokasi popular di Kelantan yang ‘viral’ menghidangkan menu ini ialah Warung Raysha yang terletak di Jalan Tok Akil di Ketereh, Kelantan. Bagi penggemar mee celup, pasti sudah tahu tentang Warung Raysha ini.

Menu popular yang menjadi pilihan ramai adalah mee, kuew tiaw, bihun atau maggi celup lauk ‘stambung’. Maksud stambung adalah banyak, selain aneka masakan ‘celup’ mereka juga menyediakan beberapa jenis makanan lain juga. 

Apabila makan mee celup di Warung Raysha, tahap kepuasan sebenar itu ‘sampai’ ke tekak kerana pelbagai pilihan lauk tambahan mengikut cita rasa membuatkan pelanggan sentiasa terkenang kesedapan mee celup lauk stambung Warung Raysha.

Pemilik Warung Raysha, Nurul Amira Supian

Pemilik Warung Raysha, Nurul Amira Supian berkata, pelanggan boleh memilih 10 jenis lauk pilihan untuk di tambah dalam semua terutamanya mee, kuew tiaw, bihun atau maggi celup, maggie sotong atau mee udang.

Nurul Amira berkata, 10 jenis lauk yang sesuai digandingkan dengan menu pilihan pelanggan ialah daging, isi ayam, perut, ikan bilis, isi ketam, meatball, telur puyuh, telur gedik sotong dan juga udang.

Aneka pilihan lauk untuk digandingkan dalam mee celup, mee udanga tau maggi sotong

“Untuk mee celup lauk stambung, harganya bermula RM6 dan untuk tambahan lauk, ia bergantung kepada pilihan pelanggan. Biasanya lauk yang menjadi pilihan ialah daging, perut,  Ayam dan juga telur gedik.

“Selain mee celup, antara menu popular dan wajib cuba yang menjadu pilihan pelanggan di Warung Raysha ialah mee udang dan juga maggie sotong yang berharga RM9 bagi setiap hidangan.

“Warung Raysha mendapat sambutan amat menggalakkan daripada pelanggan setempat dan juga kawasan luar. Ada juga yang luar dari Kelantan singgah ke sini semata-mata mahu rasa keenakan mee celup.

Suasana di Warung Raysha yang sentiasa dipenuhi pelanggan

“Alhamdulillah ini rezeki yang diberikan kepada kami sejak beroperasi pada 2018. Maklum balas pelanggan juga amat baik, rata-rata puas kerana menu yang dihidangkan menepati cita rasa,” katanya.

Mengulas mengenai idea tercetusnya menu mee celup lauk stambung, Nurul Amira berkata, idea berkenaan timbul kerana beliau sendiri sebenarnya suka makan mee celup dengan lauk yang banyak (stambung).

“Apabila Warung Raysha dibuka pada 2018, saya cuba adakan menu ini (mee celup lauk stambung). Bermula dari situ, menu ini mendapat sambutan luar biasa dan menjadi kegemaran pelanggan.

Pelbagai pilihan menu di Warung Raysha menanti pelanggan

“Ia (permintaan) berterusan hingga sekarang untuk menu ini…untuk menu lain juga sambutannya amat baik. Terima kasih kepada pelanggan yang terus menyokong kami untuk memberikan perkhidmatan terbaik,” katanya.

Waktu operasi Warung Raysha ialah pukul 11.30 pagi hingga 7.30 malam pada setiap hari kecuali cuti pada setiap hari Rabu, pelanggan yang ingin membuat tempahan atau sebarang pertanyaan boleh hubungi 01116100516 (Amira).

Mee udang di Warung Raysha

Ditanya mengenai resepi sehinggakan pelanggan tidak putus-putus datang untuk ke Warung Raysha, Nurul Amira  berkata, untuk menyediakan sup mee celup, beliau menggunakan aneka rempah yang direbus bersama tulang dan daging.

“Tiada apa yang rahsia, kami gunakan rempah asli yang direbus bersama tulang dan daging. Apa yang istimewa di sini ialah lauk stambung…itu yang menjadi faktor utama pelanggan datang,” katanya.

Selain itu katanya, Warung Raysha juga menghidangkan pelbagai pilihan minuman menarik kepada pelanggan seperti es buah campur, ice crunchy raysha, es cincau rasyha, ice blended raysha, tea jebok, tea hijau jebok, bandung dan jagung jebok.

Pelbagai pilihan minuman menarik yang terdapat di Warung Raysha

Menurut Nurul Amira, selain menu menarik yang dihidangkan di Warung Raysha, pelanggan juga suka datang ke warung berkenaan kerana suasananya yang menarik dikelilingi sawah padi dan kawasan terbuka.

“Pelanggan suka datang ke sini kerana warung kita terletak di tepi sawah padi, pelanggan boleh bergambar berlatar belakangkan sawah padi yang menghijau mengikut musim. Suasananya juga nyaman di kawasan kampung.

“Jangan bimbang kerana kawasan letak kereta khas juga disediakan untuk pelanggan di hadapan kedai. Jadi, tidak perlu bimbang untuk ‘parking’ walaupun kedai beroperasi di tepi jalan,” katanya yang memiliki 14 orang pekerja.

Nurul Amira dan suami, Mohd Rizal mengusahakan Warung Raysha sejak 2018

Dalam pada itu katanya, Warung Raysha yang diusahakan bersama suami, Mohd Rizal Mohamed Zin kini memperkenalkan satu menu baharu kepada pelanggan iaitu Roti John Lauk Stambung.

Konsep lauk stambung juga diperkenalkan untuk menu roti john

“Selain dihidangkan di kedai, Roti John Lauk Stambung ini sebenarnya kami juga membuka dan tawarkan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi ejen dengan membuka cawangan atau stall.

Menu roti john lauk stambung di Warung Raysha

“Bersesuaian dengan Ramadan tidak lamai lagi, permintaan Roti John Lauk Stambung ini pastinya akan mendapat permintaan yang tinggi. Mereka yang berminat untuk menjadi ejen boleh hubungi kami,” katanya.

Rasanya sangat padu kerana dipenuhi lauk stambung mengikut cita rasa pelanggan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here