Logo katak: Kesatuan Mahasiswa UKM buat laporan polis terhadap Fahmi Reza

0
1434
Logo katak yang diubahsuai daripada logo UKM

CYBERJAYA – Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini membuat laporan polis terhadap pereka grafik, Fahmi Reza yang menghina universiti itu dengan menyunting logonya dengan meletakkan gambar katak.

Menurut Yang Dipertua Kesatuan Mahasiswa UKM, Akmal Hakim, tindakan biadab itu secara jelas telah menimbulkan bantahan daripada warga UKM kerana menghina logo universiti itu.

“Walaupun poster itu adalah poster ‘satira politik’, tetapi ianya jelas menghina sebuah institusi pendidikan yang merupakan institusi yang bersifat neutral dan tidak terlibat dalam sebarang isu politik yang berlaku sejak kebelakangan ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Akmal berkata, laporan itu dibuat supaya pemilik halaman Twitter dan Facebook tersebut disiasat bawah seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyalahgunakan media sosial sebagai alat komunikasi untuk menyebarkan maklumat bersifat jelik, menghina dan mempersenda.

Logo UKM

Pada masa sama, pihaknya, berharap pihak berkuasa serta pihak Universiti Kebangsaan Malaysia, mengambil tindakan atas perbuatan pereka grafik itu kerana menghina institusi pendidikan tanpa sebarang sebab yang munasabah.

Semalam Fahmi mengubahsuai logo UKM dengan meletakkan gambar katak bagi menyindir seorang menteri Kabinet yang sering melompat parti.

Bagaimanapun, tindakan itu mendapat kecaman banyak pihak yang tidak berpuas hati apabila logo universiti menjadi bahan satira politik pihak tidak bertanggungjawab.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here