Lukisan mural wanita tanpa pakaian cetus rasa kurang senang

0
610
Setakat lewat malam tadi, pelukis telah melukiskan pakaian pada lukisan tiga wanita itu. – GAMBAR MEDIA SOSIAL

CYBERJAYA – Tidak sampai beberapa hari kita dikejutkan dengan penularan iklan judi bertemakan hari raya, kini muncul pula lukisan mural yang memaparkan wanita yang tidak berpakaian di Kuala Selangor.

Menurut satu paparan di laman Facebook milik Aemierulrizaki Rambli, mural itu dilukis pada dinding luar sebuah bangunan di Kampung Sungai Buloh, Kuala Selangor.

“Seni ni ada batasnya. Lihat sekeliling sensitivitinya,” tulis Aemierulrizaki pada paparan itu.

Difahamkan, mural besar itu telah mula dilukis sejak beberapa hari lalu untuk pameran antarabangsa yang bakal dianjurkan di Balai Seni Sasaran Kuala Selangor.

Memetik laporan Malaysia Gazette, setakat lewat malam tadi, pelukis mural itu bagaimanapun telah melakarkan pakaian pada tiga wanita itu serta pemilik bangunan telah menutup mural dengan kain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here